Life is a struggle

Waspada dan teruskan berjalan..

Malam Yang Menyepi

Malam tu, aku dan beberapa housemateku sedang khusyuk menyibukkan diri dengan aktiviti pembelajaran masing2. Ada yg sedang baca note physical pharm, ada yang baru kelam-kabut nak mencari nota, ada yang dah mula buat soalan past year dan sebagainya. Rajinnya individu-individu yang studi ni. Sampaikan sunyi umah tu dibuatnya...

Dalam suasana sunyi tu, tiba-tiba muncul laa satu suara seorang perempuan sedang gelak ketawa, kuat seperti orang tak siuman yang kami tak penah dengar sejak menetap di situ. Suara tu berlarutan selama beberapa ketika. Inilah kali pertama aku mendengarnya dgn sedikit perasaan takut bercampur lucu dan marah. "Truk btul laa perempuan sekarang ni, tak reti jaga adab btul, susah aku nak studi kalau macam ni!!", aku mula menunjukkan ketidakpuasan hati aku. Housemate2 aku yang lain pon tak sedap hati mendengar. Ada yang dah mula meningkatkan volume suara mereka mengutuk ketidakadaban perempuan tersebut... "Woi..diam laa skit", jerit seorang housemateku dari dalam umah...

Dalam keadaan seperti ini dengan keluhan exam esok hari, tiba-tiba aku terdengar ada beberapa manusia memberi salam memanggil pak imam yang tinggal bersebelahan dengan umah kami. "Assalamualaikum.." tapi tak pula aku dengar orang menjawab salam. Keadaan kembali sunyi semula. Kami seumah sewa rasa sedikit kelegaan kerana suma keriuhan di luar dah kembali aman. Kami sambung meneruskan perjuangan kami malam itu untuk esok hari. Tiba-tiba, menyusul satu suara betul2 di hadapan sliding door umah kami dengan nada rendah memberi salam mengharapkan bantuan. "Abang2, ada orang histeria kat luar". Aku dan housemate2ku terkejut mendengarnya. Timbul rasa takut dalam diri aku bila membayangkan keadaan orang histeria tanpa pernah melihatnya. "Aku nak pegi tengok macamana rupa orang histeria", aku mencabar diri aku sendiri. "Kalau tak kuat semangat jangan tengok, nanti dia pulak yang kena!", nasihat seorang rakanku yang boleh dikatakan imam kedua taman ni...



Aku melangkah keluar umah. "Ya Allah!! Inilah kali pertama aku lihat seorang perempuan belasan tahun berjalan ke hulu-hilir tanpa tujuan sambil gelak ketawa bercampur sedikit tangisan", aku mula merakam situasi orang histeria dalam serebrumku. Seram pulak rasanya melihat keadaan perempuan ni. Macam dalam filem pulak. Aku tak berpatah balik ke umah tapi terus bersama2 manusia2 lain mengikuti perempuan ini dari belakang. Aku mula mengawasi pergerakan perempuan ni sehingga beberapa ratus meter dari umah. Tanpa aku sedari, lebih ramai orang yang datang ingin menghulurkan bantuan. Kali ini bukan remaja tapi golongan bapa. Kedatangan mereka berjaya membantutkan pergerakan si mangsa. Mereka mula menguasai persembahan pada malam itu. Tetapi, kekuatan mereka tak kekal lama, keghairahan makhluk ghaib ni menguasai si mangsa kadang2 berjaya mencabar kejantanan mereka. Tapi nasib baik laa, kehadiran tok imam kedua dapat menenangkan jiwa si mangsa buat seketika lantas memberi masa kerehatan kepada si bapa-bapa. Setelah beberapa ketika, kesepian malam itu kembali diwarnai suara si mangsa. Suma orang kembali gigih berusaha menghalau kehadiran makhluk dalam jiwa yang tak berdosa ni. Ada yang baca surah, ada yang berdoa sendirian, ada yang berwirid dan macam2 lagi. Segala usaha itu memberi kesan tapi tak dpt bertahan lama. Tapi nasib baik laa, tiba-tiba muncul seorang ustaz yang memang berilmu dlm bab2 histeria ni. Dan perempuan tu kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah...

Sejak dikunjungi peristiwa ni, aku kadang2 berasa takut utk ke tempat gelap bila teringat peristiwa ni dgn mata si mangsa yg tak henti2 merayau mencari2 sesuatu di ruangan penglihatannya. Bila keluar dari umah waktu gelap gelita, bayangan gerakan sepertimana malam kejadian kembali menghantui fikiran. Tapi alhamdulillah. Aku bersyukur peristiwa ni berlaku sbb kadang2 aku dapat rasakan impak dan perubahan pada diri aku. Kini, peristiwa ni dah jadi biasa. Ia byk mengajar aku ttg:

1) Keyakinan pada Allah taala. Sekuat mana keyakinan kita padaNya. Kita perlu yakin bahawa tak akan ada apa2 bencana yang akan berlaku kecuali dengan izin-Nya.
2) Kepercayaan kepada yang ghaib. Kita suma percaya pada yang ghaib tapi sejauh mana kita jaga adab kita dgn mereka.
3) Sifat kebersamaan dlm masyarakat. Walaupun kita tak punya keberanian utk selesaikan satu2 masalah, kita perlu turun padang. Sbb kewujudan suasana kebersamaan tu kadang2 yg membina kekuatan dlm diri kita ni.
4) Iman. Peristiwa2 yang mencemaskan kadangkala membawa kita kembali mengingati Yang Maha Memelihara. Mungkin skrang ni kita rasa selamat, sbb tu kita cpt lupa pergantungan kita pada-Nya. Kalau di Palestin, setiap ari boleh dikatakan tak selamat, maka setiap ari mereka membina iman mereka.

>> Ok. Tu je. Ak kena berenti blogging utk 2 hari. Ada prog.

0 comments: