Life is a struggle

Waspada dan teruskan berjalan..

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh."

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Jgn lepaskan

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w: “Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhari)


Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim. Dari Tsauban, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi r.a mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

Dilakukan Setelah Iedul Fithri

Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Umar bin Khattab, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi r.a menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdhalnya adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal sholih. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafaz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.

Mendahulukan Puasa Qodho’

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qadha’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qadha’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab r.a berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, hendaklah ia mendahulukan qadha’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qadha’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.

Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Wallahualam..























Assalamualaikum rakan-rakan suma..

Alhamdulillah, hari ni sudah raya ke-2. Saya harap saya tak terlalu lewat utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan-rakan semua tak kira yg saya kenali atau tidak. Saya ingin ambil kesempatan ini memohon maaf atas segala kesilapan yg saya sedari atau tidak atau apa-apa perkara yg mungkin menimbulkan rasa tidak senang hati dlm diri kalian yg berpunca dr kelakuan saya ni. Minta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dan saya akan sentiasa berusaha memperbaiki diri saya. Saya amat berterima kasih atas rakan-rakan yg tak putus-putus menasihati saya, membimbing saya dan tak putus asa mengajak saya ke arah kebaikan. Saya amat hargai dan mempunyai rakan-rakan spt ini merupakan satu nikmat yg besar yg tak akan saya lepaskan. Ok. Rasanya setakat itu je. Moga sama-sama kita meneruskan kebaikan yg kita cuba istiqamah di bulan ramadhan.

Dr pontian kechill, johor.

Bestnya main facebook


















Facebook ialah salah satu social website yg tidak asing lagi bagi kebanyakan pengguna-pengguna internet sekarang. Ia dikatakan amat menarik dan berguna jika dibandingkan dgn social website yg lain spt friendster, twitter dan sebagainya. Interface yg menarik, perisian yg mudah dan update system yg baik yg disediakan berjaya menarik minat ramai pengguna di seluruh dunia termasuklah org Islam.

Walau bagaimanapun, di sebalik keunikan dan kebaikan facebook, ia dikatakan berkait rapat dgn Yahudi. Apa yg membimbangkan umat islam kini ialah bukannya kerana ia boleh membawa kpd kelalaian kerana jika digunakan dgn cara yg betul, ia langsung tidak membawa apa-apa masalah dan kerugian. Apa yg menjadi isu ialah facebook ini dikatakan menjadi sumber dana utk membiayai peperangan di Gaza. Tetapi sejauh mana kebenaran fakta ini masih menjadi tanda tanya. Apapun, mari explore dulu dgn lebih lanjut dlm laman web ni:
http://ohtidak.com/oh-melayu-yahudi-bermain-facebook/#more-2592

p/s: Sebar-sebarkan. Mari sama-sama kita fikirkan penyelesaiannya.

Mengejar malam lailatulqadar



Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar.

Oleh itu, bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Sebaik-bainya hayatilah kesemua mlm terakhir ramadhan dgn rasa rendah diri dan ikhlas kerana-Nya. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah. Mudah-mudahan, ramadhan itu memberi kesan dan perubahan besar dlm diri kita dan juga kekuatan utk kita menempuh bulan2 yg seterusnya sehingga tiba ramadhan yg seterusnya. Allahu'alam

Menurut al-Ghazali, Alqamah berpesan
kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu
untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang
yang sifatnya seperti berikut”:


Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu. Jika
engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya
berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu. Jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
baik. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia
akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. Jika dia melihat sesuatu yang
tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya. Jika engkau meminta
sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau
berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan
kesusahanmu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan
meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan
itu). Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu. Jika kamu
berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.

Assalamualaikum. Mari hayati pesanan Muadz bin Jabal r.a.

"Wahai manusia,
engkau memang memerlukan bagianmu dari dunia. Tapi engkau lebih memerlukan bagianmu di akhirat. Jika bagianmu bermula dari akhirat. Maka bagianmu di dunia akan terlewati. Maka aturlah dengan sebaik-baiknya. Tapi bila engkau memulai bagianmu di dunia, maka bagianmu di akhirat akan hilang sedangkan bagian duniamu terancam bahaya."."


((Muadz bin Jabal ra)

Bismillah...
Selawat dan salam keatas junjungan besar, Muhammad Rasulullah...

Maksud firman Allah S.W.T :

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Az-Zumar : 53)




Siapa yang sentiasa menolak dan siapa pula yang sentiasa memberi?

Mahu saya ertikan disini sang memberi itulah Allah dan sang penolak itulah manusia. Angkuh sungguh bukan sang penolak itu, angkuh? Kenapa angkuh pula? Sedangkan apa yang diberi dan apa yang ditolak itupun saya belum jelaskan. Sabar. Jangan menghukum tanpa ilmu, jangan menyerang sebelum menerang. Izinkan.

Setiap yang bergelar manusia pastinya tidak mungkin melarikan diri dari suatu hakikat, KESILAPAN! Mana mungkin kita tidak tersilap, mana mungkin kita tidak terlupa, sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri memungkinkan diri baginda tersilap, apatah lagi kita insan biasa yang cacamarba ini.

Ah, tentu sekali sehari hari bergelumang dengan kesilapan, besar atau kecil sama saja kelakuannya, si kecil dengan kesilapan kecilnya si besar dengan kesilapan besarnya, begitulah selanjutnya. Beruntai untai kesalahan dan kesilapan. Mahu menghitung? Silakan...

Apa pula jadinya dengan MENOLAK dan MEMBERI tadi? Begini lanjutannya.

Pasti pernah bukan, setelah melakukan suatu kesilapan atau kesalahan. Terasa berat dan besarnya beban dosa yang dipikul bagai memikul dunia seisinya, pernah rasa begitu? Pernah terasa kesilapan yang dilakukan bagai tiada sudahnya?

Bagai memikul satu junjungan dosa di atas kepala dan ditayang-tayang pula kepada semua. Semua melihat kejelikan kita. SEMUA!

Atau pernah menangis pada zahirnya diikuti tangis hati pula, menyalah-nyalahkan diri atas kelemahan sendiri. Menyendiri, sendirian merintih sayu, tiada lagi tempat mengadu, tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempatku di dunia. Mahu kemana? Terjun bangunan 44 tingkat? Silakan. Jika sudah bosan membaca.

QURRA' sekalian. Pernah atau tidak merasa begitu? Atau tidak pernah? Tidak? Jika tidak jawapannya, maka silakan segera mencari 'RASA' itu kerana dengan 'RASA' itulah dapat menunjukkan kalian masih punya hati dan jiwa. Menunjukkan kalian masih dengan ayat-ayat NYA.

Maksud firman Allah :

"Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(As-Shu'araa : 218 - 220)


Begitu saja? Dengan punya rasa begitu sudah cukup? Merintih-rintih sendiri di balik pintu sambil menyalahkan diri? Membawa perasaan pilu seolah-olah tiada siapa yang mahu menjeling kearah kita. Apakah betul dengan punya rasa begitu kita sudah cukup untuk dikira hambanya yang patuh?

Kalau ditanya dengan kelakuan itu menunjukkan kalian masih punya rasa jawapannya ya! Tapi kalau begitu kelakuannya, kalian boleh digelar insan yang punya rasa dan sudah berputus asa...:)



Mungkin amat besar kesilapan dan kesalahan yang pernah kita kerjakan, mungkin juga kecil. Tetapi ingatlah teman yang saya kasihi dan ingatan kepada diri sendiri jua, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah! DIA masih lagi tidak lekang dalam MEMBERI. Kenapa kita mahu MENOLAKnya? Rahmat dah kasihNya tidak pernah lekang untuk kita teman, cuma kita saja yang seringkali menolak dan terus menolak.

Alangkah rugi menolak anugerah. Sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan, ingatlah DIA masih lagi tidak lokek dalam MEMBERI.

Maksud sabda Rasulullah SAW :

""Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya."

(HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)


Alangkah manisnya bait-bait kata itu, tidakkah QURRA' sekalian dapat merasa akan kemanisan itu. Alangkah bersifat MEMBERI-nya sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Adakah kita tidak sudi mendapatkan pemberian dariNya? Mahu apa? Keampunan, kesejahteraan? Hadapkanlah sepenuh pengharapan dan keyakinan kepadaNya wahai teman! insyaAllah...

Maksud firman Allah SWT :

""Berdoalah kamu kepadaKu nescaya aku perkenankan doa permohonan kamu."

(Ghafir : 60)


Janganlah terlalu terbawa bawa kesedihan dan duka lara itu, bergembiralah dengan janji Allah, yakinlah, pohonlah padaNya. Jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya kerana itu perbuatan sia2 membawa murka. Jangan begitu QURRA' sekalian, mengapa mahu MENOLAK sedangkan DIA MEMBERI?

Kesedihan yang datang itu pastinya kerana melengkapi fitrah sebagai manusia yang masih punya rasa, tetapi jangan jadikan ia sebagai ratapan rutin yang sia-sia. Kuatkan dan tabahkan diri, NurNya ada dimana mana. Segelap mana pun bahagian diri ini pasti NurNya akan menyinggahi diri selagi masih ada mahu memperolehnya.

Jangan biarkan diri menjadi sang putus asa yang tidak punya rasa, tinggalkan duka lara itu dan pohonlah padaNya dengan keyakinan yang teguh. Pasakkan betul keimanan nan utuh agar tidak lagi terumbang ambing di ulit ombak perasaan.



Maksud firman Allah SWT :

""Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Az-Zumar : 53)


Teruskan meminta, sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambaNya bahkan murka kepada si hamba yang tidak mahu meminta, sedarlah hakikat diri sebagai hamba dan sedarlah hakikat Yang Maha Kuasa itu punya sifat MEMBERI yang tiada tolok bandingnya.

Usah lagi meratap kesalahan dan kesilapan sampai membawa mudarat diri, bangkitlah menuju fasa baru kehidupan yang lebih bermakna. Usah MENOLAK lagi! Sujud dan pohonlah kepadaNya. Pasti DIA MEMBERI!

wallahu'alam

Sumber: ILUVISLAM

Tanda-tanda hati mati

Assalamualaikum ^^

Menurut seorang tokoh ilmuan dan kegemilang Islam yang tersohor As-Sheikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati kita mati ialah:

1) Mengaku kenal Allah S.W.T., tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.

2) Mengaku cinta kepada Rasulullah S.A.W., tetapi mengabaikan Sunnah Baginda.

3) Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4) Memakan nikmat-nikmat Allah S.W.T., tetapi tidak mensyukuri atas segala pemberianNya.

5) Mengaku Syaitan itu musuh utama, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6) Mengaku adanya nikmat Syurga, tetapi tidak berusaha atau beramal untuk mendapatkannya.

7) Mengaku adanya seksa Neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8) Mengaku kematian itu pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak atau belum bersedia untuknya.

9) Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa atau alpa akan keaiban dirinya sendiri.

SEBUAH PESANAN…

Akan terjadi suatu masa di mana umat-umat lain berkerumun memperebutkan kamu, sebagaimana orang-orang yang makan dengan lahapnya menghadapi piring. Mereka bertanya: “Apakah kerana kita sedikit ketika itu, ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah S.A.W.: “Tidak! Melainkan kamu ketika itu banyak, tetapi kamu bagai buih ketika banjir dan Allah S.W.T. menghilangkan kegentaran hati musuh terhadap kamu dan Allah S.W.T. menumpahkan kelemahan ke dalam hati kamu” Mereka bertanya: “Apakah kelemahan itu (sebabnya)?” Jawab Rasulullah S.A.W.: “MENCINTAI kesenangan dan kemewahan DUNIA dan TAKUT MATI”.



(Rujukan: Iman dan Kehidupan oleh Dr. Yusof Al-Qardhawi)

57:16

Assalamualaikum suma..

Alhamdulillah.
Dah lama dah saya tak update blog ni. Bukannya tak dpt online cuma malas nak update. Biasa laa. Manusia ni kadang2 lemah semangat. Imannya tak tetap. Sekjap turun sekjap naik. Benarlah apa yg Allah katakan dalam al-Quran. Tu laa sbbnya manusia ni kena sentiasa beringat-ingat antara satu sama lain. Hmm. Sedang baca quran kemudian terjumpa satu ayat ni. Teringin nak kongsi dgn anda semua. Mungkin ada yg lemah semangat atau pon malas nak beribadat. Saya tertarik dgn satu firman Allah.


"Belum tibakah waktunya bagi org2 yg beriman, utk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan (kpd mereka) dan jgnlah mereka (berlaku) seperti org2 yg telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka lalui masa yg panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan byk di antara mereka menjadi org2 fasik"

(Al-Hadid: Ayat 16)


Setelah baca ni, terasa diri ni lalai dlm mengingati Allah. Dan kadang2 kalau dah lemah tu biar je diri ini lemah. Tak mahu kembali semula kepadaNya. Kalau tgk kt ayat ni, betapa bahayanya bila abaikan kebenaran. Lama-kelamaan hati akan jadi keras sptmana Allah ceritakan ttg umat2 sebelumnya. Tapi syukur alhamdulillah. Rahmat Allah itu luas. Semua org kena tahu perkara ni. Rahmat Allah itu satu nikmat yg tak suma org dpt kecuali dgn izinNya. Segala kekuatan utk kita lakukan kebaikan sumanya kerana rahmat dariNya. Tak mungkin seseorang itu berjaya lakukan sesuatu dgn izin Allah. Sekalipun seseorang itu nak masuk syurga. Dia tak akan berjaya hanya dgn bawa pahala yg dia baja di dunia. Tak cukup pon. Hanya dgn rahmat Allah seseorang dpt menjejakkan kaki ke syurga.

Oleh sbb tu, kalau nak lakukan ibadat tak perlu pahala yg terlalu dikejarkan. Apa yg penting skali ialah keikhlasan dan rasa taqwa dlm diri kita sendiri. Buat apa yg baik hanya utk Allah taala. Buat apa yg buatkan Allah gembira. Allah tak perlukan kita pon. Kita yg memerlukan Allah taala. Jgn terlalu sombong utk beribadat walau sedikit dan jgn terlalu sibuk sehingga tak dpt langsung nak fikirkan tentangNya.

Semoga entri ringkas kali ni dpt difahami semua. =)

Jangan Lupa

Alhamdulillah. Entri kali ni mungkin ramai yg dah biasa dengar. Apapun suma ni sekadar nak mengingatkan antara kita suma bahawa Rasulullah s.a.w sentiasa sayang pada umatnya. Janganlah biarkan keselesaan dunia ni membuatkan diri kita lupa kpdnya.


Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,


"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."


Jawab Nabi Muhammad saw,


"Aku akan tolong kamu semua."


Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,


"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,


"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."


Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,


" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."


Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,


"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?


Jibrail menjawab,


"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."


Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Mencari Teman Ke Syurga

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)


Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".

Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."



Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi)

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.


Sumber: ILuvIsLaM dari http://wardatul-izzah.blogspot.com/2008/11/mencari-teman-ke-syurga.html

Sedapnya buah epal

Assalamualaikum..
Alhamdulillah. Akhirnya dpt juga saya update blog ni setelah beberapa hari meninggalkannya. Sbb tak larat nak update. Malas pulak nak menaip. Dah hilang semangat dan tak de idea dah kot. Haha. Sori la. Tajuk tu macam pelik je. Saje je buat camtu. Hehe. Ok. Kali ni saya just nak kongsi satu crita yg saya jumpa dlm internet. Slamat membaca..




Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


Paham tak crita ni? Kalau tak paham nanti fikir2 laa sendiri. Hehe. Ok. Sebenarnya, pokok epal dalam crita ni dianalogikan sebagai kedua ibubapa kita. Masa kita muda, kita suka bermain dan beramah mesra dgn mereka. Bila dah meningkat dewasa, kita perlukan bantuan mereka utk meneruskan hidup. Kita meninggalkan mereka begitu je dan hanya kembali minta pertolongan apabila kita dalam kesusahan. Kita hanya fikirkan ttg diri kita dan masa dpn kita. Namun begitu, mereka tetap tolong kita asalkan kita hidup bahagia. Kita mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu kejam terhadap pokok epal tu. Tapi fikirkanlah. Itulah hakikat yang sebenar kebanyakan anak2 masa kini melayan ibubapa mereka. Oleh itu, hargailah jasa kedua ibubapa kita. Jangan hanya menghargai mereka masa menyambut hari ibu atau hari bapa setiap tahun. Semoga crita ni dpt memberi keinsafan dan kesedaran kpd diri saya sendiri dan rakan2 pembaca semua...

Planet ke-12

Assalamualaikum..
Mari sama-sama baca artikel yang menarik ni...

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter

(musytari). dijangkakan pada 23/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.

Di norway misalnya, mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana. (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube. Benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR

Kita dan bumi Palestin

Alhamdulillah.
Konvensyen berakhirnya agenda zionis benar2 membuka mata umat islam bahawa agenda israel iaitu utk menakluk palestin sepenuhnya dan mengekalkan negara haram israel akan benar2 berakhir satu hari nanti.



Orang2 yahudi di palestin silap jika menyangka Palestin akan terkubur disebabkan berkurangnya populasi orang palestin dari tahun ke tahun, tapi orang2 yahudi lupa bahawa umat Islam, bersama-sama dengan mereka; Allah, Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Sejak kecil lagi, jiwa kanak2 palestin dibentuk dgn Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Bencana peperangan dan penderitaan yang mereka lalui juga sudah byk memberi kesan kpd jiwa mereka. Jiwa kanak2 Palestin telah dibentuk supaya lebih kental dan kini mereka lebih bersemangat utk berjuang dalam menjaga tanah suci umat Islam walaupun masih pada awal umur. Lebih2 lagi, ganjaran syurga yang dijanjikan Allah s.w.t atas org2 yg gugur syahid dan kebenaran hadis Nabi s.a.w menguatkan lagi jiwa mereka utk berjihad mempertahankan tanah air mereka sendiri. Berbeza dgn kanak2 di Israel, sejak kecil lagi mereka telah dijinakkan dgn hiburan2 yang kian melemahkan jiwa2 mereka. Biarpun mereka dipanggil utk berperang utk mempertahankan tanah haram Israel, askar2 ini adalah askar2 yang pengecut yang tidak berani berhadapan dan bersemuka dgn pejuang2 palestin. Generasi baru yang dibentuk di Israel sudah memberi petanda baik kepada Palestin yang sentiasa berusaha membentuk pejuang2 Allah dan ini adalah bukti kememangan akan berpihak kepada Palestin satu hari nanti.

Apapun, kemenangan Islam di Palestin semuanya bergantung kepada usaha2 umat islam seluruhnya. Jika umat islam masih mengekalkan kelemahan mereka, iaitu takut utk bertindak, lalai utk memperjuangkan agama mereka, maka janji Allah s.w.t bahawa satu hari nanti islam akan menang akan berlaku lambat lagi, bukan dalam generasi yang alpa dalam kesenangan dunia ini tapi dalam generasi yang mana mereka ini telah dipilih oleh Allah s.w.t atas rasa cinta mereka pada Allah lebih daripada segala-galanya. Oleh itu, para pembaca sekalian, usahalah, kerana usaha itulah yang akan dilihat oleh Allah. Biarpun kemenangan islam itu akan berlaku waktu kita sudah tidak lagi berpijak di dunia, tapi sedikit bekas usaha2 kecil kita itu bakal menjadi saksi sumbangan kita ke arah kemenangan islam pada masa hadapan.

Setiap manusia telah dikurniakan Allah dgn kemahiran masing-masing. Ada yang pandai berkata-kata, ada yang pandai menulis, ada yang pandai melukis, ada yang pandai bermain dgn teknologi masa kini dan sebagainya. Dengan kurniaan ini, mainkanlah peranan anda masing2 dalam membantu ke arah pembangunan umat Islam dan seterusnya kemenangan Islam khususnya di Palestin. Gunakanlah segala apa yang kita mampu dan segala kelebihan dan kemahiran kita dalam menyumbangkan sesuatu dalam memperjuangkan agama Allah. Sungguh, segala apa yang kita punyai di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat dan hidup ini adalah satu-satunya peluang utk kita menjadikan kemahiran2 dan kelebihan2 kita sebagai saksi sumbangan kita utk kemenangan Islam...Wallahualam

Kenali orang munafik

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya bersyukur kpd Allah taala kerana saya masih mampu menulis sesuatu dalam ruangan blog kali ni. Entri kali ini adalah nasihat dan peringatan utk diri saya sendiri dan rakan2 pembaca sekalian. Semuanya mengenai orang munafik. Semoga ia dapat memberi sedikit ilmu utk kita lebih mengenali orang munafik dan memberi kekuatan utk kita bermuhasabah dan kembali ke pangkal jalan jika kita tersilap langkah dan arah yang boleh membawa kita termasuk dalam golongan ini...

Di dunia, orang munafik:

Mulutnya manis berkata-kata, tetapi hati gelap-gelita.
"Firman Allah:

"Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan: "Marilah berperang di jalan Allah atau pertahankanlah (dirimu)." Mereka berkata,"Sekiranya kami mengetahui (bagaimana cara) berperang, tentulah kami mengikuti kamu". Mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan".

(Surah Al-Imraan, ayat 167)


Mereka menyuruh kpd yg mungkar, dan melarang yg makruf.
"Firman Allah:

"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik".

(ayat 67)


Mereka berhukum dengan hukum taghut.
"Firman Allah:

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang yang telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan kufur kepada Taghut itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh".

(Surah An-Nisaa, ayat 60)


Mereka di akhirat mendapat balasan yang pedih daripada Allah:

Janji Allah pada mereka.
"Firman Allah:

"Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih.(iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya semua kekuatan dan kemuliaan itu semuanya hanyalah milik Allah (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)".

(ayat 138 - 139)




Keadaan mereka di akhirat.
"Firman Allah:

"Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu." Dikatakan (kepada mereka), "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)." Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata, "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu".

(ayat 13 - 14)

Suatu ketika, Muaz b Jabal r.a menghadap Rasulullah S.A.W dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris (Surah an-Naba':18)"


Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."


Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

Sumber: ILuVIsLAM

Berakit-rakit ke Hulu

BEstnya berakit. Inilah the latest aktiviti yang paling menarik yang aku buat waktu cuti ni. Pada ujung minggu lepas, aku, abang, adik dan mak aku join ayah aku bersama2 student USM di Nur Lembah Lenggong, Lenggong, Perak...



SEbenarnya, berakit2 ni aktiviti sampingan je. Main aktiviti adalah di bawah pengurusan Pusat Racun Negara berkenaan dengan anti-tobacco. Lebih kurang 30 org student USM yang terlibat yang majoritinya bangsa cina. Org melayu lelaki ada sorang je kalo tak silap aku (dia ni kenal payak sbb pegi tournament dkt UITM aritu), dan perempuan melayu ramai tapi tak seramai perempuan cina. Orang india tak ada. Mereka ni ialah golongan yang volunteer utk pergi sbb tu skit je. Yang lain dah pulang bercuti...

SEbelum pergi berakit, suma participant kena membina rakit mereka sendiri setelah cara ikatan rakit ditunjukkan oleh trainer. Untuk membina rakit, 4 buluh panjang, 6 buluh pendek dan 6 pelampung diperlukan. Susah jugak cara nak ikat rakit ni tapi ramai orang hentam je ikat walaupun trainer tu kata keselamatan anda bergantung pada cara ikatan tali. Bukannya tak pedulikan keselamatan, tapi cara ikatan sebenar terlalu kompleks. Apapun, yang penting, ikatan tu mesti kuat dan tak terputus masa berakit nanti. Setelah siap bina rakit, ada aktiviti namanya "water-confident". Waktu ni, suma participant kena masuk ke dalam sungai dan cuba mengimbangkan diri dalam air dengan cara berbaring pada permukaan air. Amat penting aktiviti ni takut2 ada orang tercampak dalam air masa berakit nanti...

MAsa utk berakit sudah tiba, masa ni paling seronok. Tapi sebelum tu, kena baca doa dulu. Trainer tu nasihatkan suma participant tak kira cina atau melayu utk berdoa utk org2 di sini yang ada di air, di darat dan sebagainya. Non-muslim doa sendiri2, muslim ada org yang mengetuainya. Setelah berdoa, baru prog berakit bermula. Waktu berakit tu pada mulanya tak mencabar sbb airnya tenang, hujan dah mula reda, buaya dan biawak tak ada. Waktu tu, apa yang dibuat ialah menikmati keindahan Sg.perak. Tak byk benda yang boleh dibuat di atas rakit. Sbb hanya 2 paddle disediakan. Satu utk dpn, satu utk yang blakang. Setelah beberapa kilometer, baru laa cabaran bermula. Arus semakin deras, batu2 besar mula menampakkan diri di kiri, tengah dan kanan rakit, semakin byk traffic light dan pusar2 di sungai. Waktu ni best skit, sbb suma participant kena alert dgn batu2 di sekeliling dan kena lebih agresif utk elakkan rakit daripada berlanggar dgn batu dan lari daripada pusar2 dan jeram2 berbahaya...

AKtiviti berakit ni memang best. Lebih2 lagi kalau berlumba. Bukan saja ia dpt menguji ketahanan fizikal dan mental, tapi juga dpt dijadikan satu cara menarik utk mengenali satu sama lain, menguatkan silaturrahim serta kerjasama antara sesama muslim dan non-mulsim. Mungkin ia boleh dijadikan salah satu aktiviti dalam batch ataupun mana2 organisasi...

>> Takde gambar masa berakit.. tak bawak camera.. takut jatuh dlm sungai..

Malam Yang Menyepi

Malam tu, aku dan beberapa housemateku sedang khusyuk menyibukkan diri dengan aktiviti pembelajaran masing2. Ada yg sedang baca note physical pharm, ada yang baru kelam-kabut nak mencari nota, ada yang dah mula buat soalan past year dan sebagainya. Rajinnya individu-individu yang studi ni. Sampaikan sunyi umah tu dibuatnya...

Dalam suasana sunyi tu, tiba-tiba muncul laa satu suara seorang perempuan sedang gelak ketawa, kuat seperti orang tak siuman yang kami tak penah dengar sejak menetap di situ. Suara tu berlarutan selama beberapa ketika. Inilah kali pertama aku mendengarnya dgn sedikit perasaan takut bercampur lucu dan marah. "Truk btul laa perempuan sekarang ni, tak reti jaga adab btul, susah aku nak studi kalau macam ni!!", aku mula menunjukkan ketidakpuasan hati aku. Housemate2 aku yang lain pon tak sedap hati mendengar. Ada yang dah mula meningkatkan volume suara mereka mengutuk ketidakadaban perempuan tersebut... "Woi..diam laa skit", jerit seorang housemateku dari dalam umah...

Dalam keadaan seperti ini dengan keluhan exam esok hari, tiba-tiba aku terdengar ada beberapa manusia memberi salam memanggil pak imam yang tinggal bersebelahan dengan umah kami. "Assalamualaikum.." tapi tak pula aku dengar orang menjawab salam. Keadaan kembali sunyi semula. Kami seumah sewa rasa sedikit kelegaan kerana suma keriuhan di luar dah kembali aman. Kami sambung meneruskan perjuangan kami malam itu untuk esok hari. Tiba-tiba, menyusul satu suara betul2 di hadapan sliding door umah kami dengan nada rendah memberi salam mengharapkan bantuan. "Abang2, ada orang histeria kat luar". Aku dan housemate2ku terkejut mendengarnya. Timbul rasa takut dalam diri aku bila membayangkan keadaan orang histeria tanpa pernah melihatnya. "Aku nak pegi tengok macamana rupa orang histeria", aku mencabar diri aku sendiri. "Kalau tak kuat semangat jangan tengok, nanti dia pulak yang kena!", nasihat seorang rakanku yang boleh dikatakan imam kedua taman ni...



Aku melangkah keluar umah. "Ya Allah!! Inilah kali pertama aku lihat seorang perempuan belasan tahun berjalan ke hulu-hilir tanpa tujuan sambil gelak ketawa bercampur sedikit tangisan", aku mula merakam situasi orang histeria dalam serebrumku. Seram pulak rasanya melihat keadaan perempuan ni. Macam dalam filem pulak. Aku tak berpatah balik ke umah tapi terus bersama2 manusia2 lain mengikuti perempuan ini dari belakang. Aku mula mengawasi pergerakan perempuan ni sehingga beberapa ratus meter dari umah. Tanpa aku sedari, lebih ramai orang yang datang ingin menghulurkan bantuan. Kali ini bukan remaja tapi golongan bapa. Kedatangan mereka berjaya membantutkan pergerakan si mangsa. Mereka mula menguasai persembahan pada malam itu. Tetapi, kekuatan mereka tak kekal lama, keghairahan makhluk ghaib ni menguasai si mangsa kadang2 berjaya mencabar kejantanan mereka. Tapi nasib baik laa, kehadiran tok imam kedua dapat menenangkan jiwa si mangsa buat seketika lantas memberi masa kerehatan kepada si bapa-bapa. Setelah beberapa ketika, kesepian malam itu kembali diwarnai suara si mangsa. Suma orang kembali gigih berusaha menghalau kehadiran makhluk dalam jiwa yang tak berdosa ni. Ada yang baca surah, ada yang berdoa sendirian, ada yang berwirid dan macam2 lagi. Segala usaha itu memberi kesan tapi tak dpt bertahan lama. Tapi nasib baik laa, tiba-tiba muncul seorang ustaz yang memang berilmu dlm bab2 histeria ni. Dan perempuan tu kembali pulih seperti biasa. Alhamdulillah...

Sejak dikunjungi peristiwa ni, aku kadang2 berasa takut utk ke tempat gelap bila teringat peristiwa ni dgn mata si mangsa yg tak henti2 merayau mencari2 sesuatu di ruangan penglihatannya. Bila keluar dari umah waktu gelap gelita, bayangan gerakan sepertimana malam kejadian kembali menghantui fikiran. Tapi alhamdulillah. Aku bersyukur peristiwa ni berlaku sbb kadang2 aku dapat rasakan impak dan perubahan pada diri aku. Kini, peristiwa ni dah jadi biasa. Ia byk mengajar aku ttg:

1) Keyakinan pada Allah taala. Sekuat mana keyakinan kita padaNya. Kita perlu yakin bahawa tak akan ada apa2 bencana yang akan berlaku kecuali dengan izin-Nya.
2) Kepercayaan kepada yang ghaib. Kita suma percaya pada yang ghaib tapi sejauh mana kita jaga adab kita dgn mereka.
3) Sifat kebersamaan dlm masyarakat. Walaupun kita tak punya keberanian utk selesaikan satu2 masalah, kita perlu turun padang. Sbb kewujudan suasana kebersamaan tu kadang2 yg membina kekuatan dlm diri kita ni.
4) Iman. Peristiwa2 yang mencemaskan kadangkala membawa kita kembali mengingati Yang Maha Memelihara. Mungkin skrang ni kita rasa selamat, sbb tu kita cpt lupa pergantungan kita pada-Nya. Kalau di Palestin, setiap ari boleh dikatakan tak selamat, maka setiap ari mereka membina iman mereka.

>> Ok. Tu je. Ak kena berenti blogging utk 2 hari. Ada prog.

Jangan difikirkan lagi..

Kadang-kadang aku terpikir kenapa aku tak dpt perform well dlm bidang ni. Exam dpt truk. Dalam kelas susah nak tumpukan perhatian....

Sebenarnya, impian aku bukanlah utk menjadi seorang farmasi. Tetapi aku mahu terbang, terbang tinggi di angkasa. Kalau boleh aku nak jadik seorang angkasawan. Kalau x boleh jejak di bulan, aku ingin jadi seorang juruterbang. Tak kisah laa juruterbang apa pun asalkan dpt terbang di langit yang membiru sama ada nak keje bawah TUDM atau MAS. Tingginya impian aku. Tapi sumanya tak kesampaian. Farmasi jugak yang jadi pilihan...




Ketika mana aku decide profesiku, banyak persoalan yang timbul dalam diri aku ni.
Nak jadik seorang pilot? Dulu ak x byk tahu ttg pilot ni. Apa yang bermain dlm fikiran ak, kalau nak jadik pilot, kena laa masuk TUDM dulu then diorang akan offer jadik pilot MAS kalo performance agak baik. Jauh plak perjalanannya nanti...

Tapi ak decide not to go that path. Sebab aku dpt rasakan kesempitan dan dugaan yang perlu aku tanggung bilamana aku pilih jalan ni. Aku bukannya seorang yang kuat iman sgt. Kalau jadik pilot, nak solat mmg susah sbb asik travel je. Travel mmg best tapi bila flight crash dlm keadaan ak tak sempat solat, macamana keadaan aku di akhirat nanti. Lagipun, dalam flight tu penuh dengan pramugari2 yang menggoda yang tak sempat nak menjahit belahan kain di kaki mereka...

Aku terpaksa menolak keinginan hati ni utk capai impian aku sebab aku ingin lebih meluangkan masa bersama keluarga. Lebih2 lagi kalau aku dikurniakan anak nanti. Aku nak dia jadi lebih baik dari aku. Bukan saja jadi seorang yang berjaya pada pandangan manusia sekarang (maksudnya dari academic point of view) malah berjaya dari segi akhlak dan ilmu agamanya...Sebab aku rasa salah satu faktor keruntuhan akhlak remaja skarang adalah kerana betapa longgarnya hubungannya dengan ibu dan bapa mereka. Ibu dan bapa terlalu sibuk dgn kerjaya mereka tanpa ada masa utk diluangkan dgn anak2 mereka. Mmg x dpt dinafikan mereka bekerja keras utk menyara hidup keluarga tetapi perlulah pikir keperluan penting seorang anak itu bukannya pada harta mereka tetapi kasih-sayang ibu bapa. Sebab ibu bapa laa yang membentuk anak-anak mereka..

Kembali ke topik asal k. Apapun, ak enjoy jadik seorang student farmasi. Tak dpt nak nafikan mmg susah cos ni. Tapi tak perlulah difikirkan secara mendalam. Suma benda dlm dunia ni susah2. Tak de pon yg senang. Btul tak? Asalkan kita usaha. Dan dalam perjalanan hidup kita ni jangan laa kita asik menjauhkan diri dari Maha Pencipta. Bila ada masalah, baru kita nak kembali semula kepada-Nya. Kena laa slalu bersama dgn golongan2 yang berusaha utk bersama dgn-Nya supaya kita ni saling ingat-mengingati sbb manusia ni memang seorang yg pelupa dan kita ni seorang yg lemah dan mudah tergugat jika duduk keseorangan. Wallahualam...

>> Maaf laa kalau terlalu panjang...

Kisah Hassan Al-Basri

Di tepi sungai Dajlah, Hassan Al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di samping mereka terletak sebotol arak.
Hassan berkata, "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau ia seperti aku!". Tiba-tiba beliau melihat sebuah perahu di tengah sungai perlahan-lahan tenggelam.



Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir mati kelemasan. Ia berjaya menyelamatkan enam dari tujuh penumpang perahu itu. Kemudian ia berpaling ke arah Hassan Al-Basri seraya berkata, "Jika engkau memang mulia dari saya, maka Dengan nama Allah, selamatkanlah seorang yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan seorang saja, sedangkan saya telah menyelamatkan enam orang."
Namun sayang, Hassan Al-Basri tidak berjaya menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya, "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan".
Hassan Al-Basri terpegun, lalu ia berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam ke dalam kebanggaan dan kesombongan."
Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan." Semenjak hari itu, Hassan Al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang paling hina.

Pengajaran kisah Hassan Al-Basri:

Berdasarkan kisah ni, jelaslah betapa pentingnya utk kita jaga persepsi kita terhadap orang lain...Kena laa slalu berfikiran positif dan pentingnya utk jaga mulut kita.. Jika kita ternampak perbuatan maksiat, janganlah kita terlalu memandang rendah atau menghina orang tersebut sbb mungkin org tu jahil atas perbuatannya... Dan kita spttnya rasa malu dgn diri kita, sbb kita ni kadang2 masih mengulangi maksiat atau larangan Allah walaupun kita ada ilmu tentang itu... Kita suruh orang berenti lakukan maksiat, tetapi kita sendiri yang lakukannya....Astaghfirullah... Jgnlah terlalu mengangkat diri kita ni kerana ketinggian ilmu dalam diri...kerana Allah saja yang tahu kedudukan manusia di sisiNya... Mungkin org yg kita pandang hina itu lebih tinggi darjatnya di sisi Allah drpd kita yg merasai diri kita lebih disayangi Allah....renungkan..

Dan ada 2 perkara penting yang patut kita ingat ttg diri kita iaitu perbuatan baik org pada kita dan perbuatan jahat kita pada org lain... dan 2 perkara yang patut kita lupakan ialah kebaikan kita pada orang lain dan kejahatan orang pada kita....

Firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang percaya kepada keterangan kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih dan memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan di jalan kebaikan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka"

(As-Sajdah: 15-16)

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela danmengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakankeburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapanmereka.

Firman Allah bermaksud:
"Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamuorang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangansampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesaldi atas perbuatanmu itu."
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw:
"Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah merekayang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Danyang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, menceraiberaikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
(Riwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah)

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggupmendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapatdikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadidan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodohdan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntungdan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dankecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombongkerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

- Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itub erdosa besar;
- Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan#
- Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yg menciptakan.

Ibnu qayyim berkata,
" Diantara tanda kebahagiaan dan keberuntungan adalah setiap kali ilmu seseorang hamba bertambah, maka akan bertambah pula ketawadhu'an dan belas kasihannya, dan setiap kali ilmunya bertambah maka akan bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya.

Setiap kali umurnya bertambah, akan berkuranglah rasa kerakusannya. Setiap kali hartanya bertambah, akan bertambah pula kedermawanan dan kebaikannya. Setiap kali kedudukan dan pangkatnya bertambah, akan bertambah pula kedekatannya dengan orang lain dan bantuan yang diberikan untuk meringankan keperluan mereka serta ketawadhu'an atas mereka."

Adapun tanda kesengsaraan seseorang adalah, "setiap kali bertambah ilmunya, akan bertambah pula kesombongan dan kebongkakannya. Setiap kali bertambah ilmunya, ia akan semakin bertambah bangga terhadap dirinya dan semakin meremehkan orang lain, serta semakin berbaik sangka kepada dirinya sendiri.

Setiap kali umurnya bertambah, maka akan semakin bertambah kerakusannya terhadap dunia, setiap kali hartanya bertambah, akan bertambahlah pula sifat kikir dan bakhilnya. Setiap kali bertambah tinggi kedudukannya, ia akan semakin bongkak dan sombong. Semua ini adalah ujian dari Allah yang dengannya Allah menguji hambaNya, maka akan ada kaum yang berbahagia dengannya, dan ada pula yang sengsara kerananya".

Source: Solidariti Ummah

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah r.a :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Guru yang digeruni

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.
Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutka perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walaubagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab ke semua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan

> datang lagi......

Rebutlah peluang ini..

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajiblima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.”
(Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYA yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
Sumber: dakwah.info

Kesan yang paling mendalam, karomah-karomah yang terjadi di Gaza. Dari jama'ah masjid kami mendapatkan cerita tentang karomah-karomah yang terjadi selama masa pencerobohan tentera Israel tersebut. Setidaknya ada lima karomah yang saya ingat.

Pertama, pasukan malaikat turut berperang di Gaza. Ini terbukti dari cerita seorang mujahid yang lolos dari tawanan Israel. Ketika tertawan tentara Israel, dia disoal siasat tentang jumlah mujahid dan menanyakan tentang pasukan berjubah putih yang ketika ditembak berkali-kali tidak mati. Karena merasa tidak mengenal pasukan tersebut, sang mujahid menjawab tidak tahu. Tentara Israel tidak puas dan berkali-kali menanyakan hal yang sama sambil mencederai sang mujahid sampai kakinya patah. Sang mujahid tetap mengatakan tidak tahu. Berkat pertolongan Allah, mujahid yang cedera ini berhasil menyelinap-lari dan menceritakan bantuan pasukan malaikat ini.

Karomah kedua, untuk melawan mujahidin, tentara Israel menyiapkan anjing-anjing doberman yang dibiarkan kelaparan untuk mengejar dan menyerang mujahidin di sekitar perbatasan Gaza. Suatu hari anjing-anjing doberman tersebut dilepas untuk memburu mujahidin, ketika si doberman sudah mendekat, sang mujahidin mengajaknya berbicara. Ya Anjing, kami sedang menjalankan perintah Allah untuk membela hak kami dan melawan kaum musyrikin, jadi jangan halangi kami, begitu kira-kira ucapan sang mujahidin dalam bahasa Arab kepada si doberman. Dan subhanallah, si anjing tiba-tiba berhenti, terdiam dan dengan menunduk kembali ke tentara Israeil.

Ketiga, seorang mujahid sedang diserang bertubi-tubi oleh tank Israel. Sang mujahid berlari-lari menyelamatkan diri dari kejaran tank, tiba-tiba tembakan tank terkena pohon besar yang langsung tumbang menjatuhi sang mujahid. Tentara Israel mengira sang mujahid sudah tewas sehingga meninggalkan tempat itu. Alhamdulillah, sang mujahid justru selamat terlindungi pohon, dia hanya lecet-lecet dan kembali ke pasukannya semula.

Karomah keempat, ketika ada keluarga yang anggota keluarganya menjadi syahid, mereka memutuskan untuk menguburkan jenazah-jenazah syahid tersebut dalam satu makam. Mereka menggali makam salah seorang keluarganya yang syahid tujuh tahun lalu. Dan saat digali, subhanallah. .... jenazah itu masih utuh, segar sama seperti saat dimakamkan. Wajahnya masih bersih, rambut masih terurus dan rapi bahkan dahinya masih berkeringat seolah-olah baru dimakamkan. Ini membuat mereka semakin yakin akan kekuasaan Allah dan membuat mereka semakin merindukan syahid.

Karomah kelima, seorang mujahid ditugaskan untuk menjaga jalan masuk Gaza agar tank-tank Israel tidak masuk ke Gaza City. Karena jumlah mujahid yang terbatas, lokasi itu hanya dijaga oleh seorang mujahid. Dengan tugas yang strategis tersebut sang mujahid tidak bisa meninggalkan tempat untuk keperluan pribadi. Karena setiap saat ada tank yang lewat yang harus dia tembak. Dia hanya berbekal kurma. Berkat bantuan Allah sang mujahid kuat duduk berjaga, mengintai jalanan dalam cuaca yang sangat dingin itu selama sebulan! Cerita tentang kepengecutan tentara Israel juga beredar. Sangat takutnya mereka kepada para mujahidin, dikhabarkan mereka selalu menggunakan pampers saat bertugas di dalam tank, agar mereka tak perlu keluar tank saat buang hajat. Subhanallah.

Gaza memang luar biasa. Dengan karakter penduduknya yang sangat islami, suara hafalan Qur'an yang terus-menerus berkumandang, dan semangat jihad yang tak pupus, sangatlah wajar kalau Allah begitu mencintai mereka, sehingga keberkahan tetap terasa meski di tengah suasana perang.

Sumber: eramuslim

Golongan as-sabiquun

Tahukah saudara-saudaraku siapakah golongan as-sabiquun? Secara ringkasnya, merekalah golongan orang-orang yang bersegera melakukan segala yang diperintahkan Allah taala. Dalam surah al-Mukminun ayat 61, Allah memuji golongan yang sabiquun ini melalui kata-katanya yang bermaksud, "Mereka itulah golongan yang bersegera untuk melakukan kebaikan dan merekalah golongan yang sabiquun (iaitu orang-orang yang bersegera untuk memperolehnya)."

Di dalam Tafsir al-Azhar, Hamka pernah menyebut, "Golongan ini bertindak cepat lagi aktif. Mengapa? Disebabkan hati mereka berasa takut ketika maut datang amalan mereka masih kosong dan mereka tidak membawa sebarang bekalan ke sana. Justeru, mereka berlumba-lumba dan dahulu-mendahului melakukan amal. Hal ini mereka lakukan bukan bertujuan untuk meninggalkan kawan, sebaliknya untuk mendapatkan keredhaan dan kasih Tuhan."

Dalam surah al-Waqiah, Allah telah membahagikan manusia ini kepada tiga jenis golongan. Yang pertamanya ialah golongan kanan atau maimanah. Golongan kedua pula ialah golongan kiri atau masyamah dan golongan ketiga ialah golongan as-sabiquun as-sabiquun. Allah menyatakan dalam mengenai golongan-golongan ini dalam ayat 8 hingga 12 yang bermaksud, "Iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan golongan as-sabiquun as sabiquun. Merekalah orang-orang yang didekatkan kepada Allah. Berada dalam syurga kenikmatan,"

Hamka di dalam Tafsir al-Azhar menterjemahkan as-sabiquun as-sabiquun sebagai "orang-orang yang paling dahulu." Merekalah golongan yang paling cemerlang dan paling istimewa. Seterusnya Hamka berkata, "Mereka ialah golongan yang apabila datang waktu solat, merekalah yang paling dahulu datang ke masjid. Apabila datang panggilan jihad, merekalah yang terlebih dahulu tampil ke hadapan untuk berjuang. Merekalah golongan yang apabila datang seruan Allah, mereka tidak termenung panjang sebaliknya mereka terus bangkit dan bergerak untuk mematuhi perintah Allah. Sudah pasti merekalah golongan yang paling dekat dengan tempat yang dituju (iaitu syurga)."

Jika golongan as-sabiquun begitu cemerlang sehingga tidak ada tolok bandingnya, apakah ciri yang mereka miliki yang menjadikan mereka seperti itu? Dalam surah al-Mukminun ayat 57 hingga 61, Allah menceritakan ciri-ciri itu, yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takutkan azab Tuhan mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan apa-apa pun dengan Tuhan mereka. Dan orang-orang yang memberikan apa yang mereka berikan dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa mereka akan kembali kepada Allah. Merekalah yang bersegera untuk mendapatkan kebaikan dan merekalah golongan yang segera memperolehnya."

Jika kita teliti ayat-ayat ini, kita akan menyedari bahawa ciri-ciri utama yang ada dalam jiwa as-sabiquun semuanya berkait rapat dengan hati. Mereka takutkan azab, tidak mensyirikkan Allah dan mereka sentiasa beringat-ingat dengan hari kiamat. Dan mereka percaya dan yakin dengan ayat-ayat Allah dalam al-Quran. Justeru, kecemerlangan pada hari ini tidak akan dapat kita capai apabila ia tidak bermula dengan hati. Ia juga tidak akan tercapai jika tidak jadikan al-Quran sebagai landasan atau sumber rujukan kita. Inilah apa yang kita dapat pelajari dari golongan as-sabiquun.

Umat pada zaman ini terlalu sikit yang bersegera melakukan kebaikan. Yang lainnya sibuk dan bersegera melakukan perkara-perkara yang tidak disuruh malah bercanggah dengan perintah Allah taala. Justeru, tidaklah pelik umat pada hari ini berada pada tahap yang menghinakan.
Daripada Imam Daud, Nabi s.a.w pernah bersabda, "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni suatu hidangan." Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah dia wahan?" Berkata Nabi, "Cintakan dunia dan benci mati".

Sumber: Tip2 cemerlang dari al-Quran oleh Dr.Danial Zainal Abidin