Life is a struggle

Waspada dan teruskan berjalan..

Tanamkan sifat-sifat seorang sahabat

Menurut al-Ghazali, Alqamah berpesan
kepada puteranya, katanya: “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu
untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang
yang sifatnya seperti berikut”:


Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu. Jika
engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya
berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu. Jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan
baik. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia
akan menghargai dan menyebut kebaikanmu. Jika dia melihat sesuatu yang
tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya. Jika engkau meminta
sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. Jika engkau
berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan menanyakan
kesusahanmu. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan
meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan
itu). Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu. Jika kamu
berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.

2 comments:

Anonymous said...

oh..kriteria last tuh aku xde lg la helmi. Tp jgn x kwn dgn aku plak! haha!

September 7, 2009 at 9:45 AM  
MHR said...

Yg last tu susah skit shamel.. aku pon x de kriteria tu.. bukan sng nak jumpa org mcm ni.. kalo ada, alhamdulillah..

September 7, 2009 at 9:50 AM