Life is a struggle

Waspada dan teruskan berjalan..

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah r.a :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.... "

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Guru yang digeruni

Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.
Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu
semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutka perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walaubagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab ke semua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan

> datang lagi......

Rebutlah peluang ini..

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)

1. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajiblima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.”
(Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYA yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
Sumber: dakwah.info

Kesan yang paling mendalam, karomah-karomah yang terjadi di Gaza. Dari jama'ah masjid kami mendapatkan cerita tentang karomah-karomah yang terjadi selama masa pencerobohan tentera Israel tersebut. Setidaknya ada lima karomah yang saya ingat.

Pertama, pasukan malaikat turut berperang di Gaza. Ini terbukti dari cerita seorang mujahid yang lolos dari tawanan Israel. Ketika tertawan tentara Israel, dia disoal siasat tentang jumlah mujahid dan menanyakan tentang pasukan berjubah putih yang ketika ditembak berkali-kali tidak mati. Karena merasa tidak mengenal pasukan tersebut, sang mujahid menjawab tidak tahu. Tentara Israel tidak puas dan berkali-kali menanyakan hal yang sama sambil mencederai sang mujahid sampai kakinya patah. Sang mujahid tetap mengatakan tidak tahu. Berkat pertolongan Allah, mujahid yang cedera ini berhasil menyelinap-lari dan menceritakan bantuan pasukan malaikat ini.

Karomah kedua, untuk melawan mujahidin, tentara Israel menyiapkan anjing-anjing doberman yang dibiarkan kelaparan untuk mengejar dan menyerang mujahidin di sekitar perbatasan Gaza. Suatu hari anjing-anjing doberman tersebut dilepas untuk memburu mujahidin, ketika si doberman sudah mendekat, sang mujahidin mengajaknya berbicara. Ya Anjing, kami sedang menjalankan perintah Allah untuk membela hak kami dan melawan kaum musyrikin, jadi jangan halangi kami, begitu kira-kira ucapan sang mujahidin dalam bahasa Arab kepada si doberman. Dan subhanallah, si anjing tiba-tiba berhenti, terdiam dan dengan menunduk kembali ke tentara Israeil.

Ketiga, seorang mujahid sedang diserang bertubi-tubi oleh tank Israel. Sang mujahid berlari-lari menyelamatkan diri dari kejaran tank, tiba-tiba tembakan tank terkena pohon besar yang langsung tumbang menjatuhi sang mujahid. Tentara Israel mengira sang mujahid sudah tewas sehingga meninggalkan tempat itu. Alhamdulillah, sang mujahid justru selamat terlindungi pohon, dia hanya lecet-lecet dan kembali ke pasukannya semula.

Karomah keempat, ketika ada keluarga yang anggota keluarganya menjadi syahid, mereka memutuskan untuk menguburkan jenazah-jenazah syahid tersebut dalam satu makam. Mereka menggali makam salah seorang keluarganya yang syahid tujuh tahun lalu. Dan saat digali, subhanallah. .... jenazah itu masih utuh, segar sama seperti saat dimakamkan. Wajahnya masih bersih, rambut masih terurus dan rapi bahkan dahinya masih berkeringat seolah-olah baru dimakamkan. Ini membuat mereka semakin yakin akan kekuasaan Allah dan membuat mereka semakin merindukan syahid.

Karomah kelima, seorang mujahid ditugaskan untuk menjaga jalan masuk Gaza agar tank-tank Israel tidak masuk ke Gaza City. Karena jumlah mujahid yang terbatas, lokasi itu hanya dijaga oleh seorang mujahid. Dengan tugas yang strategis tersebut sang mujahid tidak bisa meninggalkan tempat untuk keperluan pribadi. Karena setiap saat ada tank yang lewat yang harus dia tembak. Dia hanya berbekal kurma. Berkat bantuan Allah sang mujahid kuat duduk berjaga, mengintai jalanan dalam cuaca yang sangat dingin itu selama sebulan! Cerita tentang kepengecutan tentara Israel juga beredar. Sangat takutnya mereka kepada para mujahidin, dikhabarkan mereka selalu menggunakan pampers saat bertugas di dalam tank, agar mereka tak perlu keluar tank saat buang hajat. Subhanallah.

Gaza memang luar biasa. Dengan karakter penduduknya yang sangat islami, suara hafalan Qur'an yang terus-menerus berkumandang, dan semangat jihad yang tak pupus, sangatlah wajar kalau Allah begitu mencintai mereka, sehingga keberkahan tetap terasa meski di tengah suasana perang.

Sumber: eramuslim

Golongan as-sabiquun

Tahukah saudara-saudaraku siapakah golongan as-sabiquun? Secara ringkasnya, merekalah golongan orang-orang yang bersegera melakukan segala yang diperintahkan Allah taala. Dalam surah al-Mukminun ayat 61, Allah memuji golongan yang sabiquun ini melalui kata-katanya yang bermaksud, "Mereka itulah golongan yang bersegera untuk melakukan kebaikan dan merekalah golongan yang sabiquun (iaitu orang-orang yang bersegera untuk memperolehnya)."

Di dalam Tafsir al-Azhar, Hamka pernah menyebut, "Golongan ini bertindak cepat lagi aktif. Mengapa? Disebabkan hati mereka berasa takut ketika maut datang amalan mereka masih kosong dan mereka tidak membawa sebarang bekalan ke sana. Justeru, mereka berlumba-lumba dan dahulu-mendahului melakukan amal. Hal ini mereka lakukan bukan bertujuan untuk meninggalkan kawan, sebaliknya untuk mendapatkan keredhaan dan kasih Tuhan."

Dalam surah al-Waqiah, Allah telah membahagikan manusia ini kepada tiga jenis golongan. Yang pertamanya ialah golongan kanan atau maimanah. Golongan kedua pula ialah golongan kiri atau masyamah dan golongan ketiga ialah golongan as-sabiquun as-sabiquun. Allah menyatakan dalam mengenai golongan-golongan ini dalam ayat 8 hingga 12 yang bermaksud, "Iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan golongan as-sabiquun as sabiquun. Merekalah orang-orang yang didekatkan kepada Allah. Berada dalam syurga kenikmatan,"

Hamka di dalam Tafsir al-Azhar menterjemahkan as-sabiquun as-sabiquun sebagai "orang-orang yang paling dahulu." Merekalah golongan yang paling cemerlang dan paling istimewa. Seterusnya Hamka berkata, "Mereka ialah golongan yang apabila datang waktu solat, merekalah yang paling dahulu datang ke masjid. Apabila datang panggilan jihad, merekalah yang terlebih dahulu tampil ke hadapan untuk berjuang. Merekalah golongan yang apabila datang seruan Allah, mereka tidak termenung panjang sebaliknya mereka terus bangkit dan bergerak untuk mematuhi perintah Allah. Sudah pasti merekalah golongan yang paling dekat dengan tempat yang dituju (iaitu syurga)."

Jika golongan as-sabiquun begitu cemerlang sehingga tidak ada tolok bandingnya, apakah ciri yang mereka miliki yang menjadikan mereka seperti itu? Dalam surah al-Mukminun ayat 57 hingga 61, Allah menceritakan ciri-ciri itu, yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takutkan azab Tuhan mereka. Dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka. Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan apa-apa pun dengan Tuhan mereka. Dan orang-orang yang memberikan apa yang mereka berikan dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa mereka akan kembali kepada Allah. Merekalah yang bersegera untuk mendapatkan kebaikan dan merekalah golongan yang segera memperolehnya."

Jika kita teliti ayat-ayat ini, kita akan menyedari bahawa ciri-ciri utama yang ada dalam jiwa as-sabiquun semuanya berkait rapat dengan hati. Mereka takutkan azab, tidak mensyirikkan Allah dan mereka sentiasa beringat-ingat dengan hari kiamat. Dan mereka percaya dan yakin dengan ayat-ayat Allah dalam al-Quran. Justeru, kecemerlangan pada hari ini tidak akan dapat kita capai apabila ia tidak bermula dengan hati. Ia juga tidak akan tercapai jika tidak jadikan al-Quran sebagai landasan atau sumber rujukan kita. Inilah apa yang kita dapat pelajari dari golongan as-sabiquun.

Umat pada zaman ini terlalu sikit yang bersegera melakukan kebaikan. Yang lainnya sibuk dan bersegera melakukan perkara-perkara yang tidak disuruh malah bercanggah dengan perintah Allah taala. Justeru, tidaklah pelik umat pada hari ini berada pada tahap yang menghinakan.
Daripada Imam Daud, Nabi s.a.w pernah bersabda, "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni suatu hidangan." Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah dia wahan?" Berkata Nabi, "Cintakan dunia dan benci mati".

Sumber: Tip2 cemerlang dari al-Quran oleh Dr.Danial Zainal Abidin